Saya dan awak adalah sahabat. Saya sentiasa ada di waktu awak susah senang. Saya sentiasa di sisi awak waktu suka dan duka. Saya selalu memberi awak kata-kata semangat agar awak lebih mengenali siapa diri awak yang sebenar. Saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum di kala awak sepi. Saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum di kala awak sepi. Saya selalu memujuk awak kalau awak menangis dan sedih.
Saya dan awak adalah sahabat. Awak pernah memutuskan persahabatan kita. Namun ibarat pepatah, persahabatan tidak akan pernah terputus. Suatu hari nanti pasti sahabat itu dicari semula, Saya tidak pernah membuang sahabat tetapi kadang-kadang sahabat itu membuang saya. Dari sini saya mengajar awak erti keikhlasan dalam persahabatan.
Saya dan awaka adalah sahabat. Saya banyak belajar erti persahabatan dalam hubungan ini. Untuk bersahabat dengan saya awak kena banyak belajar berterus terang kerana dalam hukum persahatbatan tiada rahsia yang boleh membuatkan hatu seseorang sahabat terluka. Awak kena pandai menjaga hati seorang sahabat supaya awak tidak akan kehilangan erti sahabat yang sebenar,
Kalau suatu hari nanti awak menangis, beritahu saya, saya tak janji nak buat awak tersenyum tapi saya boleh menangis bersama awak. Kalau suatu hari nanti awak ada masalah awak bagitahu saya, saya tak janji nak bagi penyelesaian tapi awak boleh kongsi dengan saya. Kalau suatu hari nanti awak nak pergi berjalan, bagitahu saya, saya bukan nak halang awak tapi saya boleh teman awak dan menjaga awak.
Kalau suatu hari nanti awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak saya janji saya akan ada untuk awak tapi kalau suatu hari nanti awak perlukan saya dan saya tak muncul-muncul mungkin kerana Allah lebih memerlukan saya saat itu dan saya pula perlukan ''hadiah'' PERSAHABATAN dari awak.
Saya dan awak adalah sahabat. Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak, awak kena ingat bahawa persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kenalah belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu awak akan tahu pentingnya seorang sahabat dalam hidup awak.