Pertama kali saya bertemu awak , hati saya berbunga-bunga awak :) Saya tak tahu kenapa , tapi itulah kebenarannya . Awak nak tahu ? Setelah beberapa lama kita berkawan , saya telah jatuh tersungkur ke penjuru mata awak . Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyanyangi awak :)
Di saat saya begitu menyanyangi awak , perasaan saya berkelana mencari singgahsana di hati awak . Tetapi ternyata saya tak menemuinya . Kemana awak bawa nya ? Tapi kann awak di sudut hati saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu SAYANG dan mungkin juga awak belum pernah Sayang pada seseorang .
Jadi selama ni siapa saya dihati awak ? Saya tahu , awak anggap saya seperti orang biasa dalam hidup awak .
Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati ?
Siapa yang mengajar saya bahawa SAYANG itu memerlukan pengorbanan ?
Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri ?
AWAK !!
Awak mungkin seorang yang boleh disayangi ramai berkali-kali, Tapi saya pula , hanya ada seorang yang saya boleh sayangi .Kita hidup sekali , mati sekali dan menyintai sekali . Saya akan pergi meninggalkan awak tapi itu bukan bermakna saya membenci awak :)
Awak , sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak , saya nak awak tahu , Kalau awak bertanya pada saya sedalam mana perasaan saya sayangkan awak , saya akan kata kalau suatu hari nanti awak kehilangan hati , saya berikan hati saya agar awak dapat hidup selamanya , meskipun saat itu , saya telah tiada lagi di dunia ni :)
Saya benar-2 menyanyangi awak , maka saya rela pergi dari hidup awak . Sebab saya nak awak bahagia . Cukup saya melihat awak bahagia saya pun rasa bahagia . Saya doakan supaya awak temui seseorang yang betol-2 inginkan awak dan menyanyangi awak . Supaya awak akan memahami erti SAYANG yang sebenarnya .
Awak , saya nak supaya satu hari nanti , awak akan dapat mengetahui bagaimana rasanya terlalu sayang seseorang dan awak takkan pernah terlewat menghargaiya .
Awak saya percaya padan Tuhan yang telah mempertemukan kita , saya tahu ada hikmahnya di sebalik semua ni saya takkan pernah menyoalnya .
Saya doakan awak bahagia dengan hidup awak :)
