Dear ...
Masa mengajar aku erti pengorbanan , setiap jam ia menyedarkan aku ia telah berlalu . Setiap minit mengingati aku ia akan pergi . Setiap saat memberi ingatan kepadaku agar tidak terlupa saat-saat itu . Juga setiap detik mengejutkan aku adalah penting detik saat itu .
Aku mula menyedari setelah dia semakin jauh dari aku . Aku mula sedar , sedikit demi sedikit dia akan tetap pergi jauh dari pangkuan ku untuk mengejar kebahagian dihadapan nya .
Adakah kau pergi akan mengingati aku ?
Aku mula terdiam , bertumbi-tumbi soalan yang ku tidak pasti jawapan nya berlegar di ruang fikiran ku.
Begitu naifnya aku ,,
Membiarkan masa berlalu tanpa aku coretkan sebuah kisah cerita . Sungguh naifnya diriku kerna sanggup membohongi diri sendiri dengan menoleh seribu dalih dari aku berterus terang dengannya .
Dia berlalu pergi saat dia menunggu untuk aku ungkapkan soal hati dan perasaan aku kepadanya . Aku hanya menyembunyinya . Aku getar sekiranya aku ungkapkan kebahagiannya akan hancur berkecai .
Mungkin ini khilaf aku , mungkin ini balasan aku . Tega menyeksa perasaan sendiri dengan menafikan perasaan sayang yang sedang membuak-buak didalam hati ini . Aku lebih rela menanggung tangisannya dan aku ingin mengantikan sisa tawaku ini untuknya . Aku hanya ingin melihat dia sentiasa senyum dan bahagia bersama kebahagiaannya .
Sincerly..
Dyaa Diana
